Custom Search

Kelebihan Surah Al-Baqarah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur (hanya untuk tidur sahaja). Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.


(Hadis riwayat Imam Muslim).



Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Kelebihan membaca al-Quran dan rumah yang tidak pernah dibaca al-Quran di dalamnya adalah diumpamakan seperti kubur.
2- Kelebihan membaca surah al-Baqarah dan membacanya sambil mentadabbur (memerhati) dan mengambil contoh isi kandungannya akan dapat menjauhkan syaitan serta menjaga seseorang umat Islam dari godaan dan kesesatannya.