Diriwayatkan daripada Othman bin Affan r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila seseorang itu membaca:
bermaksud: Dengan nama Allah Zat yang tidak boleh memberi mudarat dengan namaNya segala apa yang ada di bumi dan di langit dan Dia adalah Zat Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, pada setiap waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali dia tidak akan ditimpa oleh apa sahaja kemudaratan.
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Galakan supaya sentiasa berzikir dengan zikir ini pada waktu pagi dan petang untuk menghindarkan diri dari semua jenis kejahatan dan kemudaratan dengan izin Allah s.w.t.