Custom Search

Hari Digalakkan Berpuasa Sunat

RASULULLAH saw menggalakkan umatnya berpuasa sunat pada hari

berikut:

· Puasa enam hari pada Syawal. Sesiapa yang berpuasa sebulan penuh Ramadan diikuti dengan berpuasa sunat enam hari bulan selepasnya, adalah seolah-olah berpuasa selama setahun.

· Puasa pada Zulhijjah terutama hari Arafah bagi bukan jemaah haji.

· Puasa Muharam, terutama hari Asyura (10 Muharam), termasuk sehari sebelum dan selepas.

· Banyakkan puasa pada Syaaban.

· Banyakkan puasa pada bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

· Puasa dua hari, Isnin dan Khamis.

· Puasa tiga hari setiap bulan, dikenali sebagai puasa tarwiyah. Hari yang dimaksudkan ialah pada 13, 14 dan 15 setiap bulan Islam

· Berpuasa selang sehari sepanjang tahun. Puasa ini menyerupai puasa yang diamalkan Nabi Daud.